17
KETIKA ramai sedang berteka-teki status hubungan mereka, pelakon Mimi Lana dan Syafiq Kyle mengundang perhatian apabila saling bergurau tentang kekalahan masing-masing pada penganjuran Festival Filem Malaysia (FFM) terdahulu.
Gelagat mesra mereka dirakam ketika bergandingan menyampaikan trofi pemenang pada FFM33 baru-baru ini.
Pada momen tersebut, Syafiq simpati dengan nasib Mimi yang tidak memenangi trofi Pelakon Wanita Harapan pada FFM32.
Membalas semula, Mimi turut melakukan sama pada Syafiq yang juga tidak memenangi sebarang trofi.
“Tak menang, kasihan,” katanya.
Gurauan tersebut membuatkan ramai terhibur malah ada yang menggelar mereka Tom Holland dan Zendaya Malaysia!