ANTARA duda ‘hot’ dalam kalangan selebriti ketika ini, kemunculan Syamsul Yusof yang dilihat aktif dalam media sosial sejak kebelakangan ini mengundang respons positif ramai.
Selain banyak memuat naik konten tentang filem arahan terbaharunya iaitu Khawarij, perkongsian momen manis dengan anak-anaknya mengundang perhatian ramai.
Paling mendapat perhatian adalah video ketika anak perempuannya, Sumayyah hadir ke lokasi penggambaran baru-baru ini.
Ramai memuji wajah Syamsul nampak berseri-seri dan sangat teruja sepanjang menghabiskan masa bersama Sumayyah.
“Berseri-seri Syamsul, memang terbaik.
“Sayu hati tengok, kasih sayang yang kekal dan tidak akan terputus.
“Cantik betul Sumayyah, alamak mata masuk habuk tengok video mereka,” kata netizen yang sebak.
Diva pun suka tengok momen Sumayyah dan Syamsul. Tidak dinafikan Syamsul nampak lebih tenang sekarang, teruskan!
DIVA: Suka tengok cara Watie layan anak-anak Shuib. Nampak ikhlas dan tak seperti ibu tiri dalam filem Melayu klasik, trauma betul.