So-min dibuli macam tiada maruah

BUKAN mudah menjadi anak seni, pelakon Jeon So-min mendedahkan sering menerima layanan kasar di set penggambaran ketika awal kemunculan dalam industri.

Ujar wanita berusia 38 tahun itu, dia pernah dipukul di kepala oleh pengarah setiap kali melakukan kesilapan. 

“Jadi anak seni tidak indah, dahulu selalu kena pukul di kepala oleh pengarah sampai trauma.

“Trauma itu mendorong saya memukul kepala sendiri terlebih dahulu bagi mengelakkan pengarah marah tapi tindakan tersebut hanya menyebabkan pengarah itu bertindak lebih kasar,” dedahnya.

Tambahnya, dia terpaksa bekerja dalam keadaan serba kekurangan malah sering mengangkat peralatan berat sendirian, selain pernah diarahkan memasak sarapan buat pengarahnya. 

“Ibaratnya macam jadi kuli, buat semua benda sampai sarapan pengarah pun saya kena sediakan.

“Memang sedih apabila fikir balik masa baru bina nama, diperlakukan seperti tiada maruah dan harga diri,” luahnya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok