Sky Iskandar ‘the next’ Faizal Hussein?

FILEM Kahar: Kapla High Council bukan sahaja menaikkan nama Amir Ahnaf dan Aedy Ashraf, bahkan termasuk jugak pemegang watak Megat iaitu Sky Iskandar.

Menjayakan watak antagonis, lakonan hebat Sky berjaya mencuri hati peminat filem tersebut sehingga ramai mula melabelnya sebagai ‘the next Faizal Hussein’ atau ‘the next Pablo Amirul’ yang sememangnya terkenal dengan karakter jahat.

“Sky memang ‘power’ berlakon jadi jahat, tengok muka dia pun sudah boleh buat orang geram.

Kalau Sky pandai bawa diri, dia boleh jadi seperti Faizal dan Pablo. Pelakon antagonis berjaya,” komen netizen.

Difahamkan, filem Kahar: Kapla High Council arahan Razaisyam Rashid berjaya mencatat kutipan lebih RM11 juta selepas hampir sebulan ditayangkan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok