FESTIVAL Filem Malaysia ke-33 (FFM) baru sahaja berakhir dan meninggalkan pelbagai impak hebat kepada industri perfileman tempatan.
Bukan perihal mengenai pemenang atau susunan majlis yang Mizz Lahar mahu sentuh, tapi masih berkaitan majlis anugerah tersebut.
Hal ini kerana, dalam rancak penganjur mengelolakan acara untuk penggiat seni termasuk tenaga belakang tabir sesebuah produksi, ada pelakon buat ‘donno’ sahaja.
Tidaklah minta mereka fokus sepenuhnya terhadap acara yang turut disiarkan secara langsung di televisyen pada malam itu, tetapi caknalah sikit.
Tempoh hari sibuk kata nak berlakon semula minta perhatian media, tapi usahanya hampeh.
Ini tidak, ketika majlis berlangsung, dia boleh sibuk buat ‘live’ menjual produk di Tik Tok.
Macam tak kisah pula FFM sedang berlangsung tapi katanya, nak buat comeback. Cakap tak serupa bikin!
Kalau bukan pelakon sendiri sokong FFM, siapa lagi? Okey ‘done’ membebel.
Mizz Lahar: Sudah-sudahlah PA artis lebih sudu dari kuah!