DIREZEKIKAN menjadi tetamu Allah, pelakon Shaza Bae bersyukur apabila dapatmenunaikan umrah buat kali kedua di Tanah Suci Mekah.
Momen penuh makna itu dimanfaatkan sepenuhnya Shaza atau nama sebenarnya Shaza Nuriman Muhammad Zamri, 29, untuk melepaskan segala kesakitan dan kebimbangan yang membelenggu dirinya.
Melepaskan semua kesakitan, melepaskan semua kebimbangan.
“Melepaskan semua ketidakpastian dan menyerahkannya kepada Allah,” tulisnya dalam TikTok.
Dalam perkongsian sama, juara Dewi Remaja itu turut menyifatkan kehadirannya ke Mekah sebagai cara terbaik untuk menutup tahun ini dengan hati yang tenang dan penuh pengharapan.
Alhamdulillah, dipelawa sekali lagi dua kali tahun ini. Sentiasa bersyukur atas Rahmat-Nya.
“Betapa indah cara untuk mengakhiri tahun saya,” tambahnya.
Semakan menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut mendoakan agar Shaza dikurniakan umrah mabrur selain mengakui cemburu dengan pelakon itu kerana dapat mengadu terus di Tanah Suci.
Syukur awak ada kelebihan dan kesempatan untuk pergi mengadu, saya cemburu. Moga saya juga mampu ke sana nanti,” tulis seorang pengguna media sosial.
“Seronok kan bila tengah kecewa sangat dapat jejak kaki ke Mekah. Tapi tidak mengapa, selagi masih ada sejadah dan mampu untuk solat tetap, aku akan mengadu pada Allah di sini, moga satu hari aku dapat ke Mekah,” komen seorang netizen. – HIBGLAM