[VIDEO] ‘Saya berjaya lawan ketakutan terhadap kucing’

PENYANYI Aina Abdul membuat kejutan apabila muncul membawa dua ekor kucing peliharaannya di atas pentas pada konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp KL di sini semalam.

Dua haiwan kesayangannya yang diberi nama Susu dan Hero dibawa pemilik nama penuh Nurul Aina Abdul Ghani, 31, dengan menggunakan kereta sorong kucing.

Menurut Aina, dua ekor kucing itu sudah dianggap seperti ‘anaknya’ malah mengakui pernah mempunyai rasa takut terhadap haiwan tersebut.

“Sesiapa yang mengenali saya pasti tahu saya seorang yang sangat takutkan kucing sebelum ini. Memang ‘takut gila’.

“Jadi, pencapaian terbaik saya ialah dapat mengatasi ketakutan terhadap kucing. Dua makhluk ini telah mengubah kehidupan saya dan tak dapat saya jelaskan perasaan itu,” katanya dalam nada sebak.

Akui Aina yang menggelar dirinya sebagai ‘Mama’, dia tidak pernah memahami rasa kasih sayang terhadap kucing sebelum membuat keputusan untuk membela haiwan tersebut.

Ujarnya, selain keluarga, setiap hasil kerja kerasnya ketika ini dilakukan untuk kucing-kucing peliharaannya.

“Dulu pasukan saya semuanya adalah ‘cat parent’ (pelihara kucing). Dulu tak boleh ‘relate’ dengan cerita mereka bahawa setiap kali pulang ke rumah ada (kucing) yang menunggu tetapi sekarang saya sudah faham.

“Kini, saya pula tidak sabar nak pulang berjumpa mereka di rumah dan inilah anak saya serta merancang untuk bela ‘anak ketiga’.

“Di sini, saya nak sampaikan bahawa anda semua boleh atasi dan kawal apa sahaja ketakutan dalam hidup,” kata Bintang Paling Popular ke-36 itu.

Pada konsert tersebut, Aina mendendangkan sebanyak 18 buah lagu seperti Semalam, Sepi, Jangan Mati Rasa Itu, Puas Sudah dan Terus Hidup.

Konsert Aina Abdul Imaji Tour turut dimeriahkan dengan kehadiran 1,500 penonton termasuk kelab peminatnya, Ainations. – HIBGLAM.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok