Rosie, album baharu Rose meledak

GEMBIRA album baharunya, Rosie meledak dan mendapat respons positif, anggota kumpulan Blackpink, Rosé mengakui diskografi tersebut banyak dipengaruhi pengalaman putus cinta dan patah hati yang pernah dilaluinya sebelum ini.

Ujar idola berusia 27 tahun itu, dia menggali emosi silam supaya karyanya lebih terasa semula jadi memandangkan dia juga sering berbicara mengenai bekas kekasihnya bersama orang terdekat. 

Lebih mengejutkan, pelantun Gone itu turut bercerita tentang pertengkaran besar dengan bekas kekasihnya semasa dalam satu jelajah Blackpink.

“Saya jadikan lagu saya itu sebagai ‘bookmark’ dalam hidup, contohnya saya akan menonton video muzik sendiri dan dan berkata, oh, waktu ini saya bergaduh dengan bekas teman lelaki atau inilah saat saya melalui masa terburuk dalam hidup.

“Biarlah segala memori duka itu saya abadikan dalam bentuk lagu, setidak-tidaknya saya tak rugi apa-apa,” ujarnya dalam satu program temu bual.

Pendedahan kisah peribadi wanita tinggi lampai itu turut mengejutkan ramai peminat memandangkan perbincangan mengenai kehidupan cinta secara terbuka masih dianggap tabu dalam industri K-Pop. 

Kejujuran Rosé bagaimanapun menerima pujian kerana keberaniannya untuk berkongsi sisi rentan dirinya.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok