PADA penghujung tahun 1990-an, wajah pelakon Julia Hana sering menghiasi kaca televisyen. Boleh dikatakan hampir semua stesen televisyen menayangkan karya lakonannya.
Selain mempunyai daya penarik tersendiri, Julia juga sering membintangi filem tentang aktiviti permotoran.
Julia juga kerap membawakan watak sebagai remaja bermasalah dan terlibat dengan aktiviti jenama.
Antara filem lakonannya ialah Remp-It, Minah Moto, Remp-It 2, Adnan Semp-It dan GK3 The Movie.
Namun, baru-baru ini tular gambar di media sosial dan menimbulkan tanda tanya tentang keberadaan pelakon itu.
Difahamkan, kali terakhir Julia muncul di kaca televisyen sekitar 10 tahun lalu menerusi drama Evolusi KL Drift: The Series pada 2013.
Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, malah Julia juga pernah menganggotai kumpulan X-Pose.
Harap nama Julia ada dalam senarai peserta Gegar Vaganza untuk musim akan datang sekali gus menjawab teka-teki ke mana hilangnya pelakon dan penyanyi itu. – HIBGLAM
Diva: Teringin betul hendak tengok Ning Baizura menyanyikan lagu Datuk Syafinaz Selamat di GV11.