35
PENYANYI dan pelakon Junho telah menyumbang 100 juta won (RM309,000) bagi menyokong rawatan kanak-kanak dan remaja daripada keluarga kurang bernasib baik.
Sumbangan tersebut dibuat kepada Pusat Perubatan Samsung yang akan digunakan untuk pembedahan, pemindahan, rawatan pemulihan dan rawatan sokongan emosi khas buat pesakit pediatrik.
Junho memberi kenyataan melalui agensinya, JYP Entertainment, dia akan terus menghulurkan bantuan dan sokongan menaik taraf kesihatan kanak-kanak di Korea.
Saya harap tahun baharu yang akan datang membawa sinar baharu kepada lebih ramai kanak-kanak.
“Saya mahu terus menunjukkan keprihatinan dan kasih sayang kepada mereka yang memerlukan bantuan,” ujarnya.