‘Pengajaran terbesar’ – Bella Astillah harap 2025 jadi tahun terbaik

TAHUN penuh ujian, pelakon dan penyanyi Bella Astillah menggangap semua dugaan yang hadir dalam hidup khususnya berkaitan rumah tangganya sebelum ini pengajaran terbesar buat dirinya.

Bagi pemilik nama penuh Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, dugaan tersebut tidak mematahkan semangat malah menjadikan dirinya lebih kuat mencari rezeki buat keluarga.

“Semua yang berlaku sebelum ini menguatkan semangat saya untuk mencari rezeki buat keluarga.

Apa sahaja yang pernah berlaku dalam hidup saya, itulah pengajaran terbesar.

“Saya anggap semua manusia akan melalui ujian dan yang berlaku sebelum ini adalah bahagian saya,” katanya kepada HibGlam baru-baru ini.

Sama seperti individu lain, pelantun lagu Cacaca itu turut berharap hidupnya akan lebih bahagia dan tahun 2025 membawa banyak kegembiraan.

“Pastinya saya mengharapkan ada pelangi selepas hujan.

Semoga tahun 2025 menjadi tahun lebih baik, insya-Allah,” ujarnya.

Terdahulu, Bella dan bekas suamia, Aliff Aziz sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 13 Jun lalu.

Hasil perkongsian hidup selama lapan tahun hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna kini berusia empat tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok