Pemfitnah IU dipenjara 4 bulan

BERANI hanya dalam media sosial, pemfitnah kepada penyanyi IU akhirnya dijatuhi hukuman penjara empat bulan selepas mengaku bersalah atas segala perbuatan tidak bertanggungjawabnya.

Pun begitu, wanita terbabit sedaya upaya membuat rayuan memohon hukuman diringankan atas alasan menghidap masalah mental.

Dakwanya, dirinya bukan sebegitu namun mula aktif menulis komen jahat dalam media sosial sejak mengalami penyakit berkenaan.

“Saya hanya meluahkan pandangan peribadi, saya ada sakit mental yang menjejaskan penulisan saya dalam hantaran itu.

“Jadi saya mohon hukuman saya diringankan,” katanya ketika perbicaraan.

Sebelum ini, IU merupakan antara selebriti yang berpendirian tegas menyaman netizen yang menghambur kata nista terhadapnya sejak 2013.

Menurut syarikat pengurusannya, EDAM Entertainment, sebanyak 180 individu pelbagai lapisan usia telah pun dikenakan tindakan undang-undang sehingga ada yang dihantar ke pusat bimbingan akhlak atau juvana.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok