Masuk Sarawak, Baby Shima terima ugutan bunuh

PENYANYI sensasi Baby Shima mendedahkan dirinya menerima ugutan bunuh daripada individu tidak dikenali melalui media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian Instagram, Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 32, memuat naik tangkap layar komen ugutan tersebut, dipercayai daripada individu yang marah dengan kehadirannya di Sarawak.

Lagi kamu masuk Sarawak! Musuh kamu sekarang sudah sasarkan kamu! Jangan pulang ke Semenanjung sebagai mayat saja, faham! Jaga diri, Baby Shima,” tulis komen tersebut.

Tidak berdiam diri, penyanyi lagu Pura-Pura Bujang itu mengambil tindakan segera dengan membuat laporan polis.

Katanya, dia kini mengharapkan bantuan pihak berkuasa untuk mengenal pasti individu terbabit.

Shima baru menerima satu ugutan bunuh daripada orang Sarawak. Mohon kerjasama @polis_sarawak dan Polis Diraja Malaysia.

“Sekarang Shima sudah pergi ke balai polis,” jelasnya.

TANGKAP layar ugutan bunuh yang diterima Baby Shima baru-baru ini.

Rata-rata netizen mendoakan keselamatan penyanyi itu selain berharap individu terbabit segera dikenakan tindakan undang-undang.

“Ya Allah sampai macam itu sekali, Shima tak payah dah nyanyi dekat Sarawak, bahaya,” komen seorang netizen.

Buat laporan polis, ambil tindakan pada yang komen ugutan, saya orang Sarawak malu tengok komen macam itu,” komen seorang pengguna media sosial.

Ada juga yang memuji keberanian dan tindakan pantasShima melaporkan ugutan diterima kepada pihak berkuasa. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok