Lisa canggung tanpa Blackpink?

Biasa bekerja secara berkumpulan, anggota Blackpink Lisa mengakui kekok ketika mula menggarap projek solonya selain sedikit tertekan mengendalikan keseluruhan persembahan seorang diri.

Pun begitu, idola berusia 27 tahun itu berjaya mendepani rasa gugup dan tertekan itu selepas mengambil inspirasi dan nasihat dari penyanyi Sepanyol, Rosalia.

“Karier solo berbeza kerana saya perlu menguasai pentas seorang diri sepanjang lagu. Saya rasa sedikit tertekan kerana bimbang orang akan bosan. Apa yang perlu saya lakukan? Saya banyak berfikir tentang bagaimana untuk mengawal perhatian penonton.

“Tapi semuanya dapat diatasi selepas saya jumpa Rosalia. Saya belajar banyak daripadanya tentang bagaimana untuk mengendalikan keyakinan diri ketika berada di pentas solo,” katanya menerusi rancangan temu bual.

Masih dalam konteks karier solo, pelantun Rockstar itu sentiasa mengekalkan elemen budaya Thailand dalam setiap karya yang dihasilkan kerana percaya unsur itu mencerminkan siapa dirinya sebagai seorang artis dan individu.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok