Lee Seung-gi hulur RM7.3 juta bantu hospital

SIMPATI dengan nasib anak-anak kecil yang menderita sakit, aktor Lee Seung-gi dilaporkan mengunjungi Hospital Kanak-Kanak Universiti Nasional Seoul bersama anak perempuannya yang berusia 10 bulan.

Menurut laporan, lawatan tersebut dilakukan secara peribadi tanpa terikat dengan mana-mana pertubuhan atau komitmen kerja. 

“Saya berharap semua kanak-kanak di dunia ini sihat dan bahagia,” katanya dalam Instagram. 

Lebih menarik,  aktor berusia 37 tahun itu menderma RM18.3 juta untuk pelbagai tujuan amal, tidak termasuk kos guaman dalam pertikaian dengan bekas agensinya, Hook Entertainment. 

Daripada jumlah itu, kira-kira RM7.3 juta disalurkan ke Hospital Kanak-Kanak Universiti Nasional Seoul.

Nama Lee Seung-gi turut diabadikan pada dinding hospital sebagai penghargaan atas sumbangannya.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok