Kemalangan maut, Yesong dipenjara 8 tahun

GARA-GARA memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kemalangan maut, deejay terkenal Korea Selatan, Yesong dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun.

Pada awalnya, Mahkamah Agung Korea Selatan menetapkan hukuman penjara 10 tahun kerana wanita berusia 23 tahun itu cuba melarikan diri selepas kejadian.

Bagaimanapun peguamnya mengemukakan rayuan untuk membawa kes tersebut ke perbicaraan kedua bagi mengurangkan tempoh hukuman.

Setelah mengaku bersalah dan mencapai penyelesaian bersama keluarga mangsa, hukuman Yesong dikurangkan kepada lapan tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok