‘Keluarga okey, sokong saya dan dia’

MERUNGKAI tanda tanya ramai, pempengaruh media sosial, Ameera Khan menzahirkan rasa lega dan syukur apabila keluarganya menyokong hubungan istimewa yang dijalin dengan aktor Indonesia, Jefri Nichol ketika ini.

Menurut Ameera atau nama penuhnya, Nur Ameera Abdul Halim Khan, dia tidak perlu untuk memenuhi kehendak mana-mana pihak kecuali keluarganya.

Keluarga saya sokong saya dan dia. Saya rasa tidak perlukan pengesahan daripada mana-mana pihak.

“Ini kerana keluarga saya okey membuatkan saya gembira,” katanya dalam siaran langsung Instagram baru-baru ini.

Menjawab pertanyaan netizen, adik kepada selebriti popular Neelofa itu berkata, cara komunikasi dengan Jefri berjalan lancar meskipun berbeza negara.

Komunikasi dengan Jefri tidak sukar langsung pun(walaupun dia orang Indonesia).

“Kalau anda tetapkan dalam kepala akan sukar, maka susahlah tetapi jika rasa mudah, maka senanglah komunikasi itu,” ujarnya sekali gus menamatkan tanda tanya tentang status hubungan mereka.

Ameera turut memuji sikap Jefri yang dikatakan tidak sombong meskipun popular di Indonesia.

Dia nama besar tetapi sangat baik dan bangga dengan dia. Itu pandangan saya tentang hubungan saya,” jelasnya.

Minggu lalu, tular foto gelagat mesra mereka termasuk video Ameera memanggil Jefri dengan panggilan sayang namun kedua-duanya tidak membuat sebarang kenyataan tentang status hubungan mereka yang mencetuskan persoalan dalam kalangan peminat.

Terdahulu, Jefri juga berdepan kecaman selepas membuat pendedahan pernah meniduri lebih 20 wanita selain berlaku curang terhadap pasangannya.

Dia juga pernah mengakui menjamah daging babi untuk menambah berat badan sebagai persediaan sukan tinju. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok