Kasihan, rupa ‘elok’ pun kena kutuk

KERJAYA selebriti sering membuatkan mereka ini menjadi sasaran kritikan atau komen negatif daripada peminat. Jika bukan dalam tersenarai artis kegemaran, ada saja perkara yang tidak kena di mata mereka.

Perkara itu yang dialami aktor muda, Hariz Hamdan apabila dia menjadi mangsa sindiran badan atau body shamming.

Mungkin ada yang tidak percaya tentang perkara itu, tetapi itulah kenyataannya.

Biarpun memiliki bentuk badan dan paras rupa menarik, namun aktor itu tetap menjadi mangsa buli apabila ada yang mengkritik badannya terlalu gemuk untuk menjadi pelakon.

Sedangkan pada waktu itu, Hariz sedang berusaha untuk menaikkan berat badan demi menjayakan watak dalam sebuah drama. Tetapi, lain pula yang berlaku apabila dia menerima penghinaan daripada netizen.

Netizen pun pantang dapat peluang, hendak sembur saja kata-kata caci maki dan apa yang terlintas di fikiran sehingga tidak memikirkan perasaan orang yang menerimanya.

Diva: Rupa-rupanya ada aktres popular pernah dibuli pelakon senior satu ketika dahulu.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok