Jaemin bantu kanak-kanak sedunia

Anggota kumpulan NCT, Jaemin, mencuri perhatian apabila menyumbangkan RM350,000 atas nama kelab peminatnya, NCTzen Dream kepada UNICEF Korea untuk membantu kanak-kanak di seluruh dunia.

Menurut UNICEF Korea, dana tersebut dikumpul hasil jualan karya seni berbingkai dalam pameran solo pertama idola berusia 24 tahun itu iaitu Narcissism: Jaemin First Exhibition yang berlangsung pada Jun lalu.

Sumbangan tersebut akan digunakan sepenuhnya untuk membantu kanak-kanak yang terkesan akibat peperangan dan bencana alam terutama untuk menghadapi musim sejuk.

Saya mahu membalas kasih sayang peminat dengan melakukan sesuatu yang bermakna bersama mereka. Saya berharap sumbangan ini membantu kanak-kanak menikmati musim perayaan yang lebih hangat,” katanya menerusi satu kenyataan.

Ini bukan kali pertama Jaemin terlibat dengan inisiatif kemanusiaan. 

Pada 2018, jejaka tampan itu bekerjasama dengan UNICEF Korea melawat Hanoi dan Kon Tum, Vietnam untuk menyokong program pendidikan muzik bagi kanak-kanak kurang bernasib baik.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok