22
TERHARU, penyanyi dan pelakon IU tidak menyangka akan menerima pengakuan daripada pendatang baharu yang obses terhadap dirinya.
Individu yang berani meluahkan perasaan itu adalah anggota kumpulan Twice iaitu Tzuyu yang sudah lama mengagumi idola berusia 31 tahun terbabit.
Sebagai maklum balas, IU juga tidak malu membuat pendedahan, dia juga merupakan peminat tegar barisan artis naungan JYP Entertainment, termasuk Twice.
“Saya tak sangka junior pun minat saya. Ingatkan mereka tidak kenal saya.
“Saya juga minat awak Tzuyu, bintang yang makin meledak dengan pakej lengkap, teruskan berjuang okey!,” ujarnya dalam sebuah program.