‘Ini yang termampu saya buat’ – Nai Dinamik tersingkir GV11

SEPERTI yang dijangka, penyanyi Nai Dinamik menjadi mangsa penyingkiran pertama Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11).

Nai atau nama Islamnya Mohd Nur Zainal Abdullah, 58, gagal menyahut cabaran minggu ketiga dengan baik malah bergelut dengan masalah teknikal sehingga persembahannya terpaksa dihentikan.

Selain berhadapan masalah teknikal, dia juga ada masalah tempo dan menghafal lirik lagu Apa Nak Di Kata nyanyian asal XPDC.

Sewaktu menyampaikan ucapan selepas diumumkan tersingkir, Nai berkata hanya itu sahaja yang termampu dia lakukan.

Alhamdulilllah ini yang termampu saya buat untuk anda semua. Terima kasih kerana menyokong saya daripada awal,” katanya.

Pada konsert minggu ketiga yang berlangsung di Dewan MBSA, Liza Aziz sekali lagi diumumkan sebagai juara mingguan buat kali ketiga beturut-turut.

Minggu hadapan kesemua baki 13 peserta akan menyampaikan lagu bertemakan pesta dan rancak. –  HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok