‘Ini suara anak muda’ – Dongmyeong sertai tunjuk perasaan

PENYANYI Dongmyeong mencuri perhatian selepas dilihat menyertai perhimpunan menggesa pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Seok-yeol susulan pengisytiharan undang-undang tentera.

Semuanya diketahui apabila anggota kumpulan Onewe itu berkongsi gambar pemandangan di luar Perhimpunan Negara yang menyaksikan lebih 100,000 penunjuk perasaan berkumpul.

Difahamkan, penyanyi berusia 24 tahun itu menyertai perhimpunan tersebut sebagai solidariti buat negara.

“Syarikat saya menasihatkan untuk berhati-hati. Ini bukan kenyataan politik atau pendirian politik tetapi ini adalah suara anak muda,” katanya.

Begitupun, peminat memuji tindakan Dongmyeong kerana keberaniannya untuk mempertahankan hak sebagai warganegara. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok