IBU kepada pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin yang dikenali sebagai Zahura Abdul Mutalib telah menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.
Khabar duka itu dikongsikan Zarina atau nama lengkapnya Nur Zarina Mohd Zainuddin, 54, menerusi satu hantaran dalam akaun Instagram.
Assalamualaikum. Mak saya baru sahaja meninggal dunia selepas subuh pagi ini. Tolong doakan mak saya semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan berikan,” tulisnya.
Tambah Zarina lagi, jenazah ibunya akan dimandikan, disolatkan serta dikebumikan di Ipoh, Perak.
Berkongsi detik terakhir bersama arwah, Zarina berkata dia sempat menghubungi ibunya malam tadi.
Kali terakhir saya berbalas mesej dengan mak pada malam tadi sewaktu pulang dari penggambaran pukul 2.30 pagi,” kongsinya.
Zarina walau bagaimanapun tidak mendedahkan punca kematian ibunya. – HIBGLAM