Han So-hee, G-Dragon bukan kekasih!

Agensi pengurusan pelakon Han So-hee, 9Ato Entertainment tampil menepis dakwaan bahawa artis naungannya sedang menjalin hubungan cinta dengan penyanyi, G-Dragon.

Tambah agensi itu lagi, spekulasi mengenai hubungan istimewa antara dua selebriti terbabit  hanyalah khabar angin yang tidak berasas.

“Khabar angin mereka sedang bercinta itu tidak benar. Mereka tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa,” jelas wakil agensi. 

Spekulasi mula tercetus dalam platform media sosial apabila netizen mengaitkan kedua-dua selebriti itu berdasarkan beberapa petunjuk. 

Antaranya gambar So-hee dan G-Dragon yang dirakam di atas sofa hitam serupa, meskipun dalam konteks berasingan.

Tidak cukup dengan itu, netizen turut mengaitkan imej dinding dengan lukisan grafiti bertulis ‘cinta seumur hidup’ yang dimuat naik dua selebriti berkenaan dalam akaun masing-masing.

Terdahulu, wakil agensi G-Dragon iaitu Galaxy Corporation turut menafikan khabar angin percintaan dua selebriti popular Korea itu.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok