Han Ga-in korban impian jadi doktor demi anak

PELAKON Han Ga-in pernah bercita-cita untuk menjadi doktor, namun impian tersebut terkubur selepas melahirkan dua cahaya mata hasil perkahwinan dengan aktor Yeon Jung-hoon.

Tidak kesal, aktres berusia 42 itu sebaliknya percaya setiap yang berlaku ada alasannya dan memilih untuk bersyukur dapat membesarkan anak-anak dengan kasih sayang secukupnya.

“Saya sempat berimpian jadi doktor tetapi apabila jadi ibu, hasrat itu terkubur. Fokus utama saya telah berubah.

“Dulu, saya pernah mempersiapkan diri untuk memasuki sekolah perubatan sebelum berkahwin dan mengandung.

“Tetapi saya tidak menyesal, mungkin takdirnya sudah begini, walaupun tidak menjadi seorang doktor, setidaknya saya sudah menjadi ibu yang meluangkan masa sepenuhnya kepada anak-anak,” katanya.

Rata-rata netizen memuji si jelita itu selain berpendapat menjadi seorang ibu adalah perjalanan hidup yang penuh pengorbanan dan kasih sayang. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok