TERUK dikritik selepas tampil tidak bertudung kebelakangan ini, pelakon Aprena Manrose mencuri perhatian ramai apabila menghadiri majlis ilmu dengan memakain jubah dan bertudung labuh.
Berkongsi momen tersebut, pemilik nama lengkap Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 31, itu menyifatkan majlis ilmu adalah tempat untuk dia merawat diri.
Menghadiri ke majlis ilmu adalah satu terapi diri, cubalah,” katanya.
Sehubungan itu, ramai netizen mengharapkan pelakon drama Hatimu Sedingin Salju itu dapat terus istiqamah dalam urusan menutup aurat.
“Tetapkan diri tutup aurat adalah wajib dan perintah Allah, kuatkan semangat okey,” kata netizen.
Semoga awak terus kuatkan hati ya, bukan mudah tetapi awak boleh,” ujar peminat.
Majlis ilmu yang turut dihadiri rakan selebriti lain seperti Nora Danish, Nadiyah Shahab, Kaka Azraff, Syatilla Melvin dan Nelydia Senrose itu membincangkan topik berkaitan wanita dalam al-Quran.
Sebelum ini anak kepada bekas penyanyi dangdut Iwan itu memulakan usaha bertudung ketika Ramadan 2021 dan mengambil keputusan kekal dengan penampilan tersebut tidak lama kemudian. – HIBGLAM