35
MENGAGUMKAN! Penyanyi kumpulan SHINee, Minho mengejutkan peminat apabila dilihat menggunakan pengangkutan awam baru-baru ini.
Perkara tersebut dikongsikan pemilik nama lengkap Choi Min-ho yang memuat naik gambar ‘mirror selfie’ (swafoto dengan cermin) ketika berada di stesen kereta api bawah tanah.
Menerusi pantulan cermin, kelihatan penyanyi berusia 33 tahun itu santai duduk di bangku sambil menunggu tren tiba.
Peminat kagum dan seakan tidak percaya selebriti terkenal seperti Minho sanggup menggunakan pengangkutan awam. – HIBGLAM