‘Gaji suami tak tinggi tapi Allah bagi cukup’

JANGAN tanya lagi suami saya kerja apa. Dia kerja dengan Allah.”

Itu respons Ina Naim atau nama sebenarnya Nordiana Md Naim, 40, selepas kerap diasak dengan pertanyaan tentang pekerjaan suami baharunya yang dikenali sebagai Mohd Kharul Rizal.

Ina kelihatan berang sewaktu menjawab pertanyaan netizen ketika melakukan sesi siaran langsung bersama suaminya dalam aplikasi media sosial.

Nampak macam tak kerja. Tetapi sebenarnya dia kerja. Dia adalah seorang perunding kejuruteraan. Dia tak perlu ke pejabat setiap hari ini.

“Zaman sekarang sudah moden. Sedangkan ketika waktu zaman pandemik dulu orang boleh bekerja dari rumah. Sekarang jangan tanya saya lagi. Saya cerita biar orang faham. Suami saya bekerja sebenarnya. Geram rasanya!” Katanya dalam nada marah.

Kongsi Ibu kepada empat orang anak itu lagi, biarpun pendapatan suaminya tidak besar, dia bersyukur kerana serba cukup.

Gaji tak tinggi. Tapi Alhamdulillah Allah bagi cukup,” katanya.

Ramai netizen dilihat terkejut melihat perubahan Ina sekarang berbanding sewaktu dia menjadi isteri arwah Suhaimi Saad dulu.

Dulu arwah Suhaimi Saad berjaya mendidik isteri. Elok, lembut, tak banyak cakap. Sekarang macam lain,” komen netizen.

“Sekarang dah pandai marah. Masa dengan arwah Suhaimi banyak bersabar walaupun susah,” komen seorang lagi netizen.

Terdahulu, Ina dan Khairul selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 8 November lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok