PELAKON sensasi, Nur Fazura mengumumkan dia sudah tamat menjalani tempoh idah selepas sah bercerai talak satu dengan aktor Fattah Amin pada 7 Oktober lalu.
Menerusi hantaran terbaharu dalam Instagram, Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, berkongsi fotonya memakai pakaian serba putih.
The end of it all and the beginning of everything,” tulisnya di bahagian kapsyen beserta tanda pagar #enddofiddah.
Menerusi tinjaun HibGlam, pelakon filem Dendam Pontianak itu juga dilihat sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram bekas suaminya.
Malah akaun Instagram Fattzuralovelife yang sebelum ini sering berkongsi rutin kehidupan mereka sekeluarga juga sudah dipadam.
Menjengah ruangan komen, ramai netizen memberikan kata-kata semangat buatnya agar teruskan kehidupan dengan tenang.
Alhamdulillah fokus pada karier dan anak sahaja selepas ini. Semoga yang indah dan baik sahaja di hari mendatang,” komen netizen.
Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun. – KOSMO ONLINE.