Dowoon main dram berpakaian tentera, tak sensitif!

Video berpakaian seragam tentera sambil bermain dram dianggap tidak sensitif terhadap pergolakan politik negara, peminat menggesa Dowoon meninggalkan kumpulan Day 6.

Peminat mendakwa idola berusia 29 tahun itu bakal memberi kesan negatif terhadap imej dan reputasi kumpulan Day 6.

“Video Dowoon memaparkan dia memakai pakaian seragam tentera sambil bermain dram sangat tidak sensitif dengan keadaan semasa.

“Kami menggesa langkah diambil untuk memulihkan imej kumpulan dan mengekalkan kepercayaan kepada ahli melalui penarikan diri Dowoon daripada Day 6,” kata peminat.

Sementara itu, syarikat pengurusan Dowoon iaitu JYP Entertainment memberitahu pihaknya akan mengambil tindakan terhadap penyebaran khabar angin yang tidak berasas.

“Berita palsu berkaitan Dowoon Day 6 sedang disebarkan semula secara sengaja. Kami bercadang untuk mengambil tindakan tegas terhadap semua perbuatan pemfitnah,” kata mereka. 



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok