Daesung mahu kahwin sebelum 40 tahun

“TIADA kekasih tetapi saya mahu berkahwin sebelum berusia 40 tahun.”

Demikian respons penyanyi Daesung apabila diajukan pertanyaan mengenai kehidupan peribadi.

Jejaka berusia 35 tahun itu berharap dapat bertemu calon isteri dalam tempoh lima tahun.

Perkara itu dikongsinya ketika penyanyi CL muncul sebagai tetamu program temu bual Zip Daesung dalam YouTube.

Sewaktu asyik berbual, CL bertanya mengenai cinta dan perancangan Daesung memandangkan Taeyang satu-satunya ahli Big Bang yang sudah berkahwin.

Dalam masa sama, ahli kumpulan 2NE1 itu turut menasihati Daesung atau nama lengkapnya, Kang Dae-sung supaya lebih terbuka untuk keluar janji temu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok