Che Ta ligat jual baju ‘preloved’ dalam TikTok

KETIKA kontroversi hutang RM1 juta dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) menjadi bualan, pelakon Rozita Che Ta dilihat ligat berniaga dalam aplikasi TikTok.

Menerusi siaran langsung itu, Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta mempromosikan baju ‘preloved’ (terpakai) miliknya serta ahli keluarga lain.

Kemunculan Che Ta nyata menarik tontonan lebih 20,000 pengguna selain mendapat kira-kira 200,000 tanda suka.

Susulan isu hutang membabitkan dirinya, terdapat beberapa komen yang mempersoalkan keadaan pelakon filem Mat Kola itu berkaitan isu Mara.

Namun, Che Ta tidak menghiraukan komen-komen  tersebut apabila hanya fokus terhadap barang jualannya.

Pagi tadi, rumah Che Ta telah dikunjungi pihak Mara bagi menyerahkan writ dan penilaian barangan di kediamannya yang terletak di Kota Damansara.

Serbuan dilakukan selepas isteri pelakon Zain Saidin itu didakwa tidak membayar hutang pinjaman daripada agensi berkenaan berjumlah hampir RM1 juta.

Ketika kehadiran pegawai, hanya ibu pelakon tersebut sahaja yang berada di kediaman mewah tersebut.

Sementara itu, anak Che Ta iaitu Ammar Effendy tiba selepas sejam pihak Mara memasuki rumah tersebut. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok