Bantu 5 pelajar susah, Mierul Aiman dipuji berhati emas

TERKESAN melihat pelajar universiti bergelut dengan masalah kewangan, pelakon popular Mierul Aiman, 26, tampil menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Menerusi hantaran pelakon drama Project : High Council itu dalam aplikasi X, dia membuka ruang kepada lima pelajar untuk menghubunginya bagi mendapatkan bantuan kewangan.

Lima pelajar yang perlukan duit belanja hujung minggu ini atas sebab kesulitan tertentu boleh mesej saya. Tak perlu segan. Kalian lebih memerlukan,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

TANGKAP layar tawaran Mierul yang mengalu-alukan pelajar dalam kesusahan menghubunginya. 

Usaha pemenang Hero Remaja 2021 itu mendapat pujian ramai netizen. Malah ada yang menggelar Mierul sebagai lelaki berhati emas.

“Sayang kamu Mierul. Terima kasih kerana membantu mereka yang memerlukan,”

“Terima kasih anak muda. Moga berjaya dunia dan akhirat hendaknya,”

Lelaki yang memiliki hati emas. Tahniah Mierul,” demikian antara komen netizen.

Selepas berjaya mendapat lima pelajar yang memerlukan bantuan, Mierul memaklumkan dia akan membuka peluang lagi selepas ini untuk berkongsi rezeki.

“Insya-Allah ada ruang lagi untuk rezeki kita, rezeki kalian,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok