‘Andai suami mahu berpoligami, jangan sorok-sorok’

Suami, kalau tidak diambil orang, diambil Tuhan,”

Demikian kata pelakon dan penyanyi Amy Mastura apabila disoal tentang isu poligami.

Meskipun tidak pernah berdepan dan berpengalaman dalam poligami, Amy atau nama sebenarnya, Amy Mastura Suhaimi, 53, berkata, wanita yang bergelar isteri harus bersedia dengan segala kemungkinan.

Memang bukan mudah untuk ada rasa suami itu bukan kita punya tetap itulah realitinya. Kita tidak memiliki apapun dalam dunia ini.

“Suami juga bukan milik kita selama-lamanya, jika tidak diambil orang, diambil Tuhan. Akhirnya dia tetap akan meninggalkan kita. Jika rasa suami itu kita punya nanti sukar untuk melepaskan,” ujar Amy yang ditemui ditemui pada sidang media drama Berbahagi Suami baru-baru ini.

Sepanjang lebih dua dekad mendirikan rumah tangga, Amy juga pernah berdepan dengan episod duka tetapi seiring dengan kematangan dan pertambahan ilmu agama dia reda setiap perjalanan yang diaturkan Allah.

“Ini pendapat saya kerana tidak ada pengalaman, bukan juga bermakna saya bersedia cuma sebagai manusia kita cuba berubah ke arah lebih baik.

Andai kita tidak ada rasa suami milik kita, kita ada ruang untuk merasakan suami ada hak untuk membuat pilihan. Kita juga sebagai isteri ada hak untuk berdepan atau meninggalkan,” tutur Amy.

Sementara itu Amy menyeru kepada para suami untuk tidak membelakangkan isteri andai mahu  berpoligami.

Baginya adalah lebih baik andai suami berterus-terang kepada isteri berbanding menyembunyikan perkahwinan lain

Saya rasa andai para suami mahu berpoligami jangan buat sorok-sorok. Lebih berbincang, janganlah hanya minta maaf (lepas poligami) tetapi tidak minta izin. Itulah yang mengundang kemarahan isteri,” jelas Amy lagi.

Amy telah mendirikan rumah tangga bersama Alvin Tham Suffian pada 2000. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Adriana, 23, dan Adalia, 20.

Drama Berbagi Suami sebanyak 65 episod itu diadaptasi daripada sinetron Indonesia yang mengangkat kisah poligami dalam sebuah perkahwinan yang bahagia.

Karya terbitan Radius One ini bersiaran di saluran Astro Prima (saluran 105) setiap pukul 6 petang, bermula 2 Disember lalu. –  HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok