Anak berbakat besar, Siti Saerah, Jamal Abdillah serupa?

PENYANYI Siti Saerah iaitu adik kepada Biduania Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memulakan kerjaya nyanyian selepas menyertai rancangan One In A Milion pada 2006.

Biarpun sudah berusaha memberikan sebaik mungkin, namun rezeki lebih berpihak kepada kakaknya iaitu Siti. Biarpun kurang mendapat perhatian dalam industri, namun Saerah tidak pernah putus harapan dan berusaha untuk memberikan yang terbaik.

Tetapi, bagai kata pepatah, mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi, dua anak Saerah iaitu Umai dan Ahmad memiliki bakat seni suara yang luar biasa.

Baru-baru ini tular video Ahmad menyanyikan lagu Siti bertajuk Seribu Kemanisan mencuri perhatian. Disebabkan itu ramai pula yang minta Saerah untuk menghasilkan lagu dan menyanyi bersama dengan dua anaknya.

Tidak kurang juga apabila Saerah disamakan dengan Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah yang pernah menyanyikan lagu bersama dua anaknya iaitu Zaki Yamani dan Osama Yamani menerusi lagu Tangan Yang Melambai.

Menarik juga idea itu apabila Saerah juga boleh mempamerkan bakat sama seperti Jamal dan dua anaknya itu.

Diva: Akibat tidak puas hati nama digugurkan produksi, ada seorang pelakon cantik buat kecoh di lokasi.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok