‘Allah bagi pinjam 5 minggu’ – Najwa Latif keguguran

PENYANYI Najwa Latif mendedahkan kandungannya yang baru mencecah lima minggu keguguran.

Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, 29, berkata, walaupun tidak berniat berkongsi berita duka itu, dia dan suaminya Akwa Ariffin menghargai setiap doa serta sokongan ramai.

“Saya hanya ingin beritahu kepada semua, saya benar-benar minta maaf kerana saya tidak boleh bercakap dengan sesiapa sekarang.

Saya mengalami keguguran. Sejujurnya, saya tidak bercadang untuk berkongsi perkara ini kerana merasakan hal ia sangat peribadi untuk saya dan suami,” katanya dalam perkongsian Instagram.

Pelantun lagu Cinta Muka Buku itu turut menzahirkan terima kasih kepada orang ramai yang berterusan memberikan kata-kata semangat.

“Saya sangat menghargai semua kata-kata baik anda. Terima kasih kerana memikirkan saya semasa waktu yang sukar ini.

Jika boleh, izinkan kami bersedih dalam diam. Simpanlah kami dalam doamu. Semoga semua fikiran dan doa anda dikembalikan kepada anda juga,” katanya.

Pada masa sama, Najwa meluahkan rasa syukur apabila diberi kesempatan merasai pengalaman hamil selama lima minggu.

Alhamdulillah. Allah bagi pinjam lima minggu tapi jumpa awak bila saya dapat jumpa awak nanti,” ulasnya lagi.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga di Batu Pahat, Johor pada 11 November 2022. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok