BENGANG digelar penyondol tua oleh penonton drama Curang Tanpa Niat, pelakon Sharifah Sakinah, 35, tampil mempertahankan diri.
Menerusi drama yang turut dibintanginya Shukri Yahya dan Mira Filzah itu, Sakinah membawa watak sebagai penyondol yang cuba menggoda rakan sekerja.
Namun rata-rata penonton drama tersebut kurang gemar dengan karakter Sakinah yang membawakan watak sebagai Astrid.
Menurut mereka Sakinah kelihatan terlalu tua untuk menjadi penyondol dan mahukan pelakon seperti Sophia Albarakbah membawakan watak antagonis itu.
“Aku pelakon yang berkarakter. Dalam cerita ni aku ada karakter. Aku bukan penyondol biasa macam Sophia Albarakbah tu.
Dalam cerita ini umur aku 48 tahun. Sebab itu perlu menampakkan aku tua. Korang faham ke tidak? Aduhai, nak kena jelaskan pula,” katanya dalam sebuah video yang dikongsikan dalam Instagram.
Ujar Sakinah lagi, wajahnya merupakan satu bonus dan boleh berubah-ubah mengikut karakter.
Lepas ni kalau aku berlakon jadi umur 18 tahun, korang tengok la muka aku macam umur 18 tahun,” ujarnya.
Drama Curang Tanpa Niat kini hangat bersiaran di saluran Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam menggantikan drama fenomena, Andai Tiada Dia. – HIBGLAM