Aghnia Amira Jiwa nama puteri Tya Arifin

PELAKON dan usahawan, Tya Arifin selamat melahirkan cahaya mata ketiga malam tadi.

Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandri Arifin, 30, bersyukur kerana proses melahirkan anak ketiganya itu dipermudahkan.

“Alhamdulillah, masya-Allah tabarakallah bayi kami yang ketiga lahir dengan selamat secara normal,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Tya turut memberitahu bayi yang dilahirkan dengan berat 3.6 kilogram itu diberikan nama sebagai Aghnia Amira Jiwa.

“Aghnia Amira Jiwa dilahirkan dengan berat 3.6 kilogram pada hari Jumaat, 20 Disember 2024 pukul 11.11 malam,” ujarnya.

Pada 21 Ogos lalu, Tya bersama suaminya iaitu Asyraf Khalid berkongsi berita gembira bakal menyambut cahaya mata ketiga dalam sebuah video kreatif di laman sosial.

Sebelum itu, Tya yang juga menantu Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pernah berkongsi kisah duka apabila mengalami keguguran pada awal tahun ini.

Untuk rekod, wanita asal Indonesia itu mendirikan rumah tangga dengan Asyraf pada 1 November 2015.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 7, dan Azzahra Jiwa, 5 tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok