‘Ada yang nak porak-peranda keluarga kita’

TIADA angin tiada ribut, pelakon Puteri Sarah Liyana mendakwa ada pihak cuba menyebarkan fitnah tentang dirinya.

Tidak menjelaskan secara terperinci, pemilik nama lengkap Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, turut memaklumkan pihak berkenaan dilihat seolah-olah mahu mengeruhkan hubungannya dengan keluarga mentua.

Rasanya ada yang nak memporak-perandakan keluarga kita dengan fitnah. Nak melagakan satu keluarga pula,” katanya dalam InstaStory.

Dalam hantaran sama, pelakon drama Polis Peronda turut memetik (tagged) mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah.

Sementara itu, Patimah membuat hantaran semula dalam InstaStorynya dan menitipkan doa buat Puteri Sarah serta dua orang anaknya, Syaikhul dan Sumayyah.

Tabahkan dirinya menghadapi ujian. Semoga Allah beri kekuatan dan kebahagiaan untuknya bersama anak-anak,” tulisnya.

Sebelum ini, Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan sutradara Syamsul Yusof pada 2014 namun bercerai pda 14 Jun 2023.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah yang kini berusia lima tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok