Dah setahun Kim Jae-kyung kahwin

HAMPIR setahun berahsia, pelakon Kim Jae-Kyung mendedahkan sudah berkahwin dengan jejaka bukan selebriti.

Tanpa menjelaskan sebab menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan umum, Jae-Kyung mengakui mengadakan majlis secara kecil-kecilan bagi menghormati privasi suami.

Berlangsung di Seoul pada musim panas lalu, majlis perkahwinannya hanya dihadiri keluarga terdekat.

Dengan pengakuan itu, Jae-Kyung merupakan anggota ketiga kumpulan Rainbow yang sudah bergelar isteri. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok