Jaden Smith bekas kekasih Rose?

SELEPAS melancarkan album baharu berjudul Rosie yang memuatkan single berjudul Toxic Till The End berkisarkan tentang bekas kekasih, ramai beranggapan individu dimaksudkan Rose dalam trek tersebut adalah pelakon Jaden Smith.

Hal ini kerana bekas kekasih anggota kumpulan Blackpink itu dikatakan seorang pemain skateboard dan memiliki potongan rambut botak berwarna merah jambu.

Malah, pelakon filem The Karate Kid itu pernah menulis sebuah lagu berjudul Roses selain menggunakan nama Rose dalam beberapa lagunya bagi menggambarkan seorang wanita.

Lebih mengukuhkan lagi spekulasi apabila kedua-dua selebriti terbabit dilaporkan tidak lagi mengikuti antara satu sama lain dalam Instagram. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok