28
Seperti bermimpi di siang hari, anggota kumpulan Blackpink, Rose mengakui teruja dan tidak menyangka penyanyi Taylor Swift sudi menghulurkan tangan membantu perjalanan karier solonya.
Bukan itu sahaja, idola berusia 27 tahun berkenaan juga mendedahkan Swift turut memberikan nombor peribadi dan sedia dihubungi pada bila-bila masa.
Taylor beri saya nombor telefonnya dan cakap jika ada sebarang soalan boleh mesej dia, macam tak percaya sebab dia Taylor Swift.
“Dia cuba melindungi saya kerana tahu bukan mudah untuk bergerak secara solo.
“Banyak perkara yang perlu saya teliti dan kena berhati-hati. Taylor juga ada berikan beberapa tip dan strategi apabila bergerak secara solo,” katanya dalam satu rancangan temu bual.