32
TOLAK tepi kontroversi konsert solo batal, Aisha Retno sekali lagi menjadi bahan bualan ramai apabila muncul menyanyikan lagu tema filem Wicked berjudul Popular.
Lucunya, ramai yang pada awalnya tidak mempercayai dia adalah pemilik suara dalam video tersebut dan beranggapan milik penyanyi asal iaitu Ariana Grande.
Kagum dengan bakat dimiliki penyanyi itu, ramai menyarankan Aisha mengembangkan bakat dan menyertai uji bakat di luar negara.
Video yang meraih lebih 3.9 juta tontonan itu seterusnya meraih ribuan pujian selain mendapat hampir 400,000 tanda suka!