Sedapnya Masing Masing versi Biduanita Negara

MENYANYILAH lagu apa pun, pasti akan didendangkan dengan baik dan suara bak buluh perindu.

Begitu antara pujian diberikan netizen kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila tular videonya menyanyikan lagu Masing-Masing yang sebelum ini dipopularkan Ernie Zakri.

Dalam video tersebut, Siti yang baru dianugerahkan Biduanita Negara turut diiringi petikan gitar Ade Govinda di sisinya.

Sangat menyenangkan boleh membawakan lagu Masing-Masing bersama legenda hebat Datuk Seri Siti Nurhaliza,” kata Ade.

Netizen pula berpendapat nyanyian Siti sampai ke hati meski dinyanyikan bersahaja.

“Nyanyian santai tapi menusuk jiwa, memang layak diangkat sebagai Biduanita Negara.

Masing-Masing telah ‘disitinurhalizakan’,” komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut meraih lebih 100,000 ribu dan 6,000 tanda suka. HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok