SUDAH dua anak pun, Neelofa masih kaburkan wajah buah hatinya itu. Demikian antara pendirian Neelofa yang Diva puji sebab masih dipraktikkannya sehingga hari ini.
Memang ramai mempersoal tindakannya tetapi Diva rasa selagi tidak memudaratkan atau memberi impak negatif, teruskan sahaja.
Lucunya, ramai netizen sehingga hari ini terus tertanya-tanya bagaimana paras rupa Bilal dan Abbas.
Soalan tersebut semakin rancak disuarakan selepas bekas pengacara MeleTOP itu memuat naik foto dua anaknya dalam Instagram baru-baru ini.
Sekarang ini keliru muka Abbas dan Bilal, walaupun kabur, tetap nampak macam sama!
“Peningnya nak fikir yang mana satu Bilal atau Abbas. Mereka sudah nampak seperti kembar,” komen netizen.
Tidak kurang juga ada netizen mendoakan agar Neelofa dan Haris dikurniakan anak perempuan selepas ini.
DIVA: Harap tiada lagi artis bercerai tahun ini, semoga rumah tangga mereka aman dan harmoni.