SEBELUM ini Ameera Khan pernah mengakui lebih tertarik dengan lelaki Indonesia kerana dikatakan romantik dan lemah lembut apabila berbicara dengan wanita.
Keterujaan tersebut berterusan apabila pelakon popular Indonesia, Jefri Nichol menonton siaran langsung Instagramnya baru-baru ini.
Bukan hanya menonton, Jefri turut meninggalkan komen dalam siaran langsung tersebut.
“Jefri Nichol sedang menonton dan ada dalam senarai yang menonton.
“Semua orang sedang teruja termasuk mak saya,” katanya.
Namun, di sebalik keterujaan tersebut, ramai yang tidak merestui sekiranya adik kepada Neelofa itu mempunyai hubungan istimewa dengannya.
“Janganlah dengan Jefri, banyak sangat ‘redflag’.
“Carilah lelaki lebih baik Ameera, kalau sekadar berkawan tak mengapa tapi jangan bercinta,” komen netizen. – HIBGLAM