65
SELEBRITI popular K-pop, J.Y. Park tiada masalah, bahkan menggalakkan dua anak perempuannya menyertai industri muzik sama sepertinya.
Bagi penyanyi berusia 52 tahun itu, bergelar penyanyi adalah antara pekerjaan terbaik di dunia dan dia berjanji untuk memberikan sokongan penuh jika nyanyian menjadi pilihan anak-anaknya.
Bagaimanapun, pengasas JYP Entertainment itu berharap anaknya memiliki kualiti dan bakat sebagai penggiat seni sebelum benar-benar terjun dalam arena popular ini.
Sekiranya serius, Park mahu anak-anak bernaung bawah JYP Entertainment miliknya yang terkenal sebagai agensi berpengaruh. – HIBGLAM