PELAKON air mata era baharu, itu gelaran yang Diva rasakan sesuai diberikan kepada Ummi Nazeera ketika ini.
Mana tidaknya, hampir semua drama lakonannya pasti akan ada babak menangis termasuk drama terbaharunya, Andai Tiada Dia.
Lucunya, disebabkan terlalu kerap berlakon babak sebegitu, suaminya, Izzar Anwari berseloroh agar jenama tisu mengambil isterinya sebagai duta.
“Bila jenama tisu nak ambil Ummi atau Suri sebagai duta? Jenuh dia menangis berbakul-bakul. ‘Pitching’ saya sebelum ni tak jadi nampaknya, perlu cuba pendekatan lain.
“Lantiklah Ummi sebagai duta jenama tisu anda untuk 2025. Bayangkan kuantiti tangisan yang akan dihasilkan oleh rakyat Malaysia sepanjang drama tersebut bersiaran.
“Baik dari perempuan mahu pun lelaki, pasti mereka memerlukan tisu yang banyak untuk mengelap tangisan dan hingus meleleh itu.
“Ini peluang pemasaran (marketing) yang amat baik,” ujarnya.
Sakit perut Diva gelak, Izzar turut ‘tag’ beberapa jenama tisu terkenal dalam hantaran tersebut. Memang betul-betul menjual!
Harap impian nak jadi duta tisu tercapailah ya. Jarang sungguh nak lihat artis jadi duta jenama tisu, ini ‘rare’.
DIVA: Teruk juga kecaman yang Mimi Lana terima sebab watak Intan. Berbakul-bakul makian.