KELIHATAN langsing dalam tempoh singkat, penyanyi Nadeera menafikan dakwaan mengambil bahan terlarang untuk menurunkan berat badannya.
Nadeera atau nama lengkapnya Farah Nadeera Zaini, 31, sebaliknya menegas menjadikan bersenam sebagai rutin harian selain mengamalkan diet bagi mengurangkan berat badannya sebanyak tigak kiloram (kg).
“Saya memang tidak ambil apa-apa makanan tambahan ataupun dadah, saya kurus sebab bersenam dan jaga makan.
Kalau ikutkan tidaklah banyak sangat perbezaan, masih nampak berisi sebab saya rendah.
“Tinggi saya hanyalah 145 sentimeter dan berat badan badan dahulu 46kg turun kepada 43kg,” katanya kepada Kosmo! Online semasa sidang akhbar Futureland Festival di sini, hari ini.
Selain itu, pelantun lagu Emas itu turut memaklumkan dia mengambil masa tiga bulan sahaja untuk mendapatkan berat ideal.
“Saya ambil masa dalam tiga bulan untuk turunkan berat.
Sampai sekarang saya tak sentuh air bergula dan ambil coklat bila badan terasa lemah,” ujarnya.
Ditanya sebab utama mahu kurus, Nadeera akui terkesan dengan penghinaan netizen sebelum ini sehingga bertekad untuk menurunkan berat badan.
Dulu orang cakap tak cantik dan samakan muka dengan binatang. Itu yang buat saya nak sangat kurus
“Sebenarnya tak boleh puaskan hati semua orang, bila dah kurus pun masih ada yang cakap benda melukakan hati,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Nadeera bakal mewarnai persembahan di Futureland Festival bersama Hael Husaini dan Wani Kayrie
Mereka akan menyertai barisan artis lain seperti Hujan, Bunkface, Ayda Jebat, Syamel, Tuju, Zynakal, Fimie Don dan Amsyar Lee pada 23 November ini di Stadium Merdeka. – HIBGLAM