Buat apa nak bermasam muka. Kami masing-masing sudah tua, sudah punya anak”.
Demikian respons penyanyi Stacy saat ditanya tentang hubungannya dengan Bella Astillah susulan pengunduran diri daripada Konsert A Night With Sumandak Stars.
Menurut Stacy atau nama Islamnya Ummu Shaikhah Stacy Anam, 34, sejak menarik diri daripada konsert tersebut, dia belum pernah bertemu dengan Bella.
“Buat masa sekarang kami belum bertemu. Mungkin sebab sibuk dengan hal masing-masing.
Tetapi kalau terjumpa pun mustahil nak bermasam muka. Lucu. Sebab saya pun dah tua. Dia (Bella) pun dah tua. Dia pun sudah ada anak. Relaks relaks sahaja. Kan Bella? ,” katanya sewaktu ditemui pada sidang media pengumuman 10 lagu yang berjaya ke Anugerah Juara Lagu ke 39, semalam.
Difahamkan, bekas peserta Akademi Fantasia musim keenam ini menarik diri daripada konsert Sumandak Stars berpunca daripada rekaan poster tidak memuaskan hati.
Dituduh berlagak ‘diva, Stacy mendakwa sifat itu sama sekali tidak menggambarkan dirinya.
Saya hanya menjadi diva sewaktu berada di atas pentas membuat persembahan. Semua orang tahu latar belakang saya sebelum bergelar penyanyi. Saya daripada keluarga yang miskin.
“Saya juga sedar saya adalah Ummu Shaikhah, isteri kepada Akim Ahmad dan ibu kepada tiga orang anak.
“Saya tidak kisah dengan cakap-cakap orang. Sudah 16 tahun saya berada di dalam industri ini. Saya sudah faham. Inilah industri hiburan,” ujarnya. – HIBGLAM